Utama

Kontinjen MTQSS KPM P.Pinang

 

Tahniah kepada barisan Kontinjen Negeri P.Pinang yang akan mewakili negeri ini ke Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Kali ke 39 yang akan berlangsung di SM Teknik Kuantan Pahang.Dengan harapan akan mengharumkan negeri P.Pinang dengan pencapaian yang cemerlang pada majlis itu nanti.

Last Updated on Tuesday, 15 May 2012 19:30

 

Foto aktiviti terkini SPI Penang

Sila klik di sini untuk melihat foto aktiviti Sektor Pendidikan Islam JPN P.Pinang terkini seperti MTQSS KPM Peringkat Negeri, Festival Nasyid Peringkat Negeri dan banyak lagi.

Last Updated on Thursday, 10 May 2012 12:03

 

Latihan Pusat MTQSS KPM Peringkat Negeri

Latihan Pusat ini diadakan pada 2 hingga 4 Mei 2012 bertempat di Dewan Rumah Peranginan Pantai Shamrook Batu Feringgi P.Pinang. Ini merupakan persiapan buat peserta sekolah rendah dan menengah yang akan mewakili negeri P.Pinang dalam acara MTQSS KPM Peringkat Kebangsaan 2012 yang akan diadakan di negeri Pahang Darul Makmur nanti.

Last Updated on Saturday, 05 May 2012 16:49

 

Majlis Persaraan Ustaz Abd Moin Hasim

 

Sektor Pendidikan Islam dan seluruh warga pendidikan negeri P.Pinang mengucapkan selamat bersara dan berpisah sempena dengan majlis persaraan Al-fadhil Ustaz Abd Moin bin Hasim dari bidang pendidikan pada 19 April 2012. Tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap apa yang telah dicurahkan selama ini demi memartabatkan pendidikan Islam di negeri P.Pinang khususnya.

Last Updated on Thursday, 10 May 2012 12:33

 

Taklimat Pelaksanaan KSSR Dan PBS Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Peringkat Negeri Tahun 2012

Taklimat ini telah diadakan pada 13 April 2012, 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari di Bilik Mesyuarat SK Alma.Taklimat ini diadakan khas untuk semua pegawai di Sektor Pendidikan Islam dan PPD supaya mendapat maklumat yang jelas berkaitan KSSR dan PBS. Taklimat KSSR Pendidikan Islam/Bahasa Arab disampaikan oleh Ustazah Nor Ashikin Binti Ibrahim, JU KSSR Pulau Pinang. Taklimat PBS Pendidikan Islam/Bahasa Arab pula disampaikan oleh Ustazah Nor Shifa Binti Saad, JU PBS Kebangsaan. Semua peserta taklimat juga telah dibawa melawat Bilik KSSR SK Alma. Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya melaksanakan KSSR dan PBS dengan berkesan di peringkat sekolah.

 

Last Updated on Friday, 13 April 2012 18:14

 

Page 1 of 13

Muat turun terkini

Muat turun Soalan PKSR Jawi dan Bahasa Arab 2012 terkini di sini

Info terkini MTQSS KPM

MTQSS KPM Peringkat Kebangsaan 2012 akan berlangsung pada 25-28 Mei 2012 bertempat di SM Teknik Kuantan Pahang.Tahniah kepada Kontinjen Rasmi Negeri P.Pinang

Info terkini Festival Nasyid 2012

Tahniah kepada Kumpulan Nasyid SMKA Al-Irshad yang menjuarai Festival Nasyid kategori sekolah menengah dan SK Genting yang menjadi juara kategori sekolah rendah. Kedua-duanya akan mewakili negeri P.Pinang ke peringkat kebangsaan pada 25-28 Jun 2012 di negeri Kelantan

Info Hadis

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang
aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang
terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka
terhadap Nabi-nabi mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

Galeri Foto

Daftar Masuk

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday38
mod_vvisit_counterYesterday72
mod_vvisit_counterThis week38
mod_vvisit_counterLast week743
mod_vvisit_counterThis month2450
mod_vvisit_counterLast month2628
mod_vvisit_counterAll days27183

Online (20 minutes ago): 3
IP Anda : 38.107.179.221
,
Today: May 20, 2012

Pautan Umum

Pautan JPN/PPD

Tetamu sedang Online

We have 5 guests online

Firman Allah :

Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali". Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.

(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)